Khabar Palestin dan Masjid Al-Aqsa




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Seruan Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradhawi yang menyeru agar menjadikan Hari Jumaat ini (09 Oktober 09) sebagai ”Hari Kemarahan” untuk memperjuangkan Masjid Al-Aqsa. Sheikh Dr Yusof al-Qardawi yang Pengerusi Persatuan Ulama’ Sedunia menyeru umat Islam supaya menjadikan hari Jumaat ini sebagai ”Hari Kemarahan” untuk memperjuangkan Masjid al-Aqsa al-Mubarak.

Beliau juga menuntut para pemimpin negara-negara Arab dan Islam supaya mengadakan sidang kemuncak tergempar untuk menyelamatkan al-Aqsa daripada pencerobohan Israel. Gesaan ini dinyatakan ketika sidang media yang diadakan oleh al-Fadhil dengan nama Kesatuan Ulama’ Sedunia dan Institusi al-Quds Antarabangsa yang dipengerusikannya.

Ini berikutan ancaman bahaya ke atas Masjid al-Aqsa yang disebabkan oleh pencerobohan puak ekstremis Yahudi ke atas kawasan Masjid al-Aqsa. Umat Islam juga dihalang daripada bersolat di dalamnya dan penangkapan beramai-ramai ke atas umat Islam yang beriktikaf kerana mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada dicabuli dan dinodai.




Tentera Israel juga mengancam untuk merampas Masjid al-Aqsa sebagai permulaan untuk membahagikan Masjid al-Aqsa kepada umat Islam dan Yahudi. Seperti mana yang berlaku kepada Masjid al-Ibrahimi sebelum ini.

Al-Qardawi juga meminta semua organisasi dan badan-badan di negara-negara Arab dan Islam serta khatib-khatib masjid untuk mengesa seluruh badan dan institusi antarabangsa serta negara-negara di dunia agar bangkit memainkan peranan menghentikan percerobohan yang dilakukan ke atas Masjid al-Aqsa yang suci. Beliau juga menyuruh seluruh raja-raja dan pemimpin negara-negara Arab dan Islam supaya mengadakan sidang kemuncak tergempar untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa.

Beliau juga meminta supaya pihak –pihak berkuasa di malaysia dan yang berkenaan membenarkan demonstrasi, rapat umum dan majlis-majis yang sesuai diadakan selepas solat Jumaat bagi menunjukkan sokongan dan perjuangan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Beliau sendiri akan memberi khutbah Jumaat di Masjid Omar Ibnu Al-Khattab di Doha seterusnya selepas selesai solat Jumaat satu rapat umum secara besar-besaran diadakan untuk memperjuangkan Masjid al-Alqsa al-Mubarak yang akan turut sertai oleh ulama-ulama Qatar.


0 PAUTAN RASA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...