Kursus Pemantapan Organisasi RAPI Sesi Jan 2010


“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang
Teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”
(Surah as-Saff,ayat 4)

Rumah yang elok dan berdiri kukuh disebabkan oleh tiang-tiang yang dipacakkan dan batu-batu yang dilekatkan pada tiang ke tiang yang lain.

Begitu jugalah di dalam mana-mana persatuan betapa penting peranan penggerak kepada persatuan dalam melaksanakan gerak kerja yang akan dirancangkan. Lebih-lebih lagi penggerak kepada persatuan ini merupakan siswa siswi yang masih muda dan bersemangat waja dalam melakukan apa jua aktiviti apatah lagi berada dalam sebuah persatuan Islam Politeknik Kuching iaitu Rakan Pusat Islam (RAPI).

Sehubungan dengan itu, maka Kursus Pemantapan Organisasi ini dilaksanakan untuk memberikan kefahaman dan kesedaran kepada para ahli jawatankuasa Rakan Pusat Islam.

Kepimpinan seseorang amat dititikberatkan kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jesteru itu, amat ditekankan bahawa kepimpinan dalam sesebuah organisasi akan menjadi lebih stabil sekiranya faktor kepimpinan diperkasakan menjadi kekuatan yang utama dalam sesebuah organisasi. Mudahan-mudahan kursus ini memberikan kefahaman dan kesedaran yang mana akan memberikan impak yang positif kepada diri,organisasi dan mad’u.

TENTATIF KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI

HARI PERTAMA


7:30 Pagi - Peserta berkumpul di Bilik Mesyuarat Masjid Al-Muhandisin

7:45 Pagi - Taklimat Program

- Modul 1 : Ice breaking & Pembahagian Kumpulan

8:30 Pagi - Kuliah 1 : Komunikasi & Kepimpinan

10:00 Pagi - Minum Pagi dan Solat Sunat Dhuha

10:30 Pagi - Bengkel 1: Prosedur kerja,surat menyurat,minit mesyuarat,kertas kerja,laporan program

12:30 T/Hari - Solat Zohor Dan Makan Tengahari

2:00 Petang - Kuliah 2 : Konsep Amal Jamaei

3:00 Petang - Modul 2 : Yang Gitu-Gitu Ok....

4:00 Petang - Solat Asar Dan Minum Petang

4:30 Petang - Modul 3 : Lanun Darat Di Petang Hari

6:15 Petang - Solat Maghrib,Khidmat Diri

Solat Isya’

8.30 Malam - Kuliah 3 : Ikhtilad dan Manual Pengurusannya

10:00 Malam - Modul 4 : Mari Sama Selesaikan Masalah

00:00 Pagi - Melayar Mimpi


HARI KEDUA

4:30 Pagi - Qiamulail & Solat Subuh

6:00 Pagi - Bacaan Ma’thurat & Tazkirah Subuh

7:00 Pagi - Riadah

7:30 Pagi - Khidmat Diri & Sarapan Pagi

8:00 Pagi - Kuliah 4 : Tanggungjawab kepimpinan – Tugas Kita Lebih Banyak dari Masa Yang Kita Ada - Ustaz Sulaiman.

10:00 Pagi - Minum Pagi, Solat Dhuha

10:30 Pagi - Perlantikan AJK Baru RAPI Sesi Januari 2009

12:00 T/Hari - Kata Penutupan Penasihat RAPI

2:00 Petang - Bengkel 2 : Prosedur kerja,surat menyurat,minit mesyuarat,kertas kerja,laporan program

4:00 Petang - Solat Asar Dan Minum Petang

*tentatif boleh berubah dari semasa ke semasa


0 PAUTAN RASA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...