Warna Warni Sekitar Mesyuarat Agung RAPI Sesi Disember 2010


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALlah kerana dengan kurnianya, RAPI Sesi Disember 2010 telah menangguhkan tirainya untuk semester ini dengan program terakhir iaitu Mesyuarat Agung RAPI Sesi Disember 2010. Mesyuarat Agung Khas RAPI ini diadakan pada dua sesi. Sesi pertama adalah majlis perasmian meyuarat yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Pusat Islam Politeknik Kuching, Ustaz Mohd Syahnan Bin Mohd Zain manakala sesi kedua pula adalah sesi perbahasan ucapan dasar dan usul para perwakilan.

Dalam mesyuarat khas ini, hampir 50 orang perwakilan dan 30 orang pemerhati jemputan telah hadir khususnya dari kepimpinan mahasiswa Islam dari pelbagai platform di Politeknik Kuching. Mesyuarat yang julung-julung kali diadakan ini telah menjadikan RAPI melangkah satu tapak ke hadapan dalam melincirkan perjalanan dakwah Islam di kampus Politeknik Kuching. Kehangatan mesyuarat agung ini dapat dirasai apabila bermulanya sesi perbahasan usul dengan kritikan dan lontaran idea dari para perwakilan mesyuarat agung ini.



Para perwakilan dan pemerhati jemputan berdiri ketika menyanyikan lagu tema Rakan Pusat Islam (RAPI)



Sungguh serius para perwakilan..



Pengerusi RAPI, Sdra Zulzaim ketika memberi penerangan



Majlis Tertinggi RAPI bersama Pengerusi Tetap Mesyuarat kelihatan di hadapan



Perwakilan dari Unit Jaringan Luar (UJL) RAPI, Sdra Zikri ketika sesi perbahasan



Perwakilan dari Lajnah Kesenian, Rehlah dan Riadah (LKRR), Sdra Irwan Bin Amir ketika membahaskan usul.



Perwakilan dari Lajnah Akademik dan Kebajikan, Sdra. Azri bin Jaupi (AJ) begitu bersemangat



Sdri Rahmah selaku bendahari RAPI memberi penerangan mengenai penyata kewangan RAPI



Perwakilan daripada Rakan Kasih Al-Muhandisin 1 (RAKAM 1), Sdra. Sukarnain ketika membahaskan laporan semester RAPI



Bendahari RAPI ketika sedang membentangkan penyata kewangan RAPI



Perwakilan daripada Lajnah Kesenian, Rehlah dan Riadah, Sdri. Shaidatul Shefriza



Sdra. Azri Burairah perwakilan Lajnah Kesenian, Rehlah dan Riadah



Setiausaha Muslimat, Sdri Dayang Izrammunirah ketika menjawab lontaran persoalan dari perwakilan RAPI.



Perwakilan UJL sentiasa memberi hujah yang matang



Timbalan Pengerusi 1, Sdra. Zulfika ketika membuat sedikit teguran



Kelihatan dua orang pimpinan RAPI iaitu Sdra Zulzaim dan Sdra Zulfika sedang berbincang.


"FOR ALLAH, WE SERVE"

RAKAN PUSAT ISLAM SESI DISEMBER 2010



0 PAUTAN RASA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...