Perutusan Alumni RAPI POLIKU


Assalammualaykum WarahmatuLlahi Wabaraktuh

AlhamduliLlah, segala puji bagi ALlah, tuhan sekalian manusia dan alam semesta. Selawat dan salam ke atas kekasih dan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SolaLLahu Alaihi Wasallam..
Semoga kita beroleh keredhaan dari ALlah setiap masa dan tempat.. InsyALlah..

Pertamanya, ana mewakili Alumni RAPI POLIKU ingin mengucapkan tahniah dan juga takziah di atas taklifan yakni perlantikan AJK Rakan Pusat Islam (RAPI) Politeknik Kuching Sarawak sesi Julai 2009. Ana mengucapkan tahniah kepada antum semua kerana telah dipilih oleh ALlah untuk menjadi penggerak dan pejuang Islam di Politeknik Kuching, seterusnya ana mengucapkan takziah kerana tanggungjawab yang dipikul antum akan dipersoalkan oleh ALlah di akhirat kelak samada melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna atau tidak.

Ana terpanggil untuk mem'publish'kan entri ini untuk menghargai dengan sebenar-benarnya jasa AJK RAPI yang sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga demi kebaikan umat Islam khususnya di kampus Politeknik Kuching. Namun secara umumnya, tugas menegakkan Islam ini merupakan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap muslim. Mungkin ada di antara siswa tidak mengetahui tentang pengorbanan sebenar AJK RAPI dan perkara ini telah menyebabkan pelbagai kekeliruan telah berlaku pada pandangan mereka dan pihak alumni merasakan hal sebegini perlu diterangkan dan diperjelaskan kepada mereka yang berkenaan demi kemaslahatan ummah.

Ana sebenarnya bukan untuk memuji-muji AJK RAPI tapi hakikatnya jasa yg ditaburkan amat besar dan ana begitu hargainya. Namun, sebagai seorang da'ie yakni pendakwah, kita patut bersabar dengan segala ujian yang mendatang. Antara ujian yang sentiasa dihadapi adalah musuh. Berdasarkan hadis Nabi saw, musuh seorang Mukmin ada 5 iaitu:

1) Kafir Harbi
2) Munafik
3) Mukmin yang dengki
4) Syaitan dan Iblis
5) Nafsu

Musuh-musuh inilah patut ditangani dengan baik dengan penuh ketegasan dan berhikmah. Ana di sini juga ingin menyeru kepada para pengunjung blog RAPI yang mungkin terdiri dari siswa Islam POLIKU supaya dapat mempraktikkan cara hidup Islam yang syumul (menyeluruh) dalam segenap kehidupan kita. Di samping kita menuntut ilmu mengenai duniawi, kita patut mengambil peluang untuk memantapkan diri kita dengan ilmu ukhrawi..

Ana suka untuk mengajak sahabat-sahabat siswa POLIKU untuk menyertai program-program yang dianjurkan RAPI bukan sahaja program-program luar kampus seperti lawatan, tetapi juga program-program di dalam kampus seperti usrah, kuliyyah maghrib, ceramah dan lain-lain lagi.. Kami di pihak Alumni RAPI juga menyeru agar siswa Islam supaya bersama-sama membantu RAPI untuk menjalankan program-program kesedaran dan pembudayaan ilmu agama Islam di kalangan masyarakat kampus.

Di sini, Alumni RAPI juga menegaskan agar siswa POLIKU dapat berfikiran dengan lebih terbuka dan peka terhadap isu-isu semasa berkaitan kampus. Ini kerana, bakat kepimpinan siswa di POLIKU kian pudar tatkala kurangnya cakna mengenai hal sekeliling dan golongan siswa tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara serta berbincang dengan pihak pentadbiran mengenai masalah-masalah khususnya berkaitan siswa. Ana juga menyambut baik saranan yang didapati dari perbincangan ana dengan mantan pengarah POLIKU sebelum ini, En. Dzulkifli Ismail yang mahukan siswa lebih lantang dalam bersuara. Menurut beliau, suara siswa adalah untuk memperbaiki 'service' pentadbiran POLIKU terhadap siswa. Pandangan ana secara halusnya, siswa POLIKU merupakan 'customer' dan pihak pentadbiran POLIKU memberi 'service' kepada siswa dalam urusniaga dari aspek pendidikan ini. Segala suara siswa juga patut didengari oleh pihak pentadbiran juga kerana 'customer always right'..

Di kesempatan yang ada dan menjelangnya bulan keberkatan iaitu Ramadhan Al-Karim, ana mewakili saff kepimpinan Alumni RAPI POLIKU memohon kemaafan daripada saff kepimpinan AJK RAPI dan juga siswa POLIKU jika ada kesilapan. Ana doakan semoga RAPI POLIKU dan siswa Islam di POLIKU dapat bersama-sama berganding bahu menjayakan segala program-program RAPI khususnya. Semoga segala jurang dan benteng yang memisahkan selama ini dapat dihapuskan serta menjadikan kita lebih profesional dalam memperjuangkan kemaslahatan siswa serta ummah secara umumnya. Sirru' ala barakatillah. Wasallam..

Yang Benar,

Zulzaim Hilmee Bin Abidin,

Ketua Penerangan,
Alumni RAPI POLIKU.


1 PAUTAN RASA:

Admin said...

jemput ke forum pelajar & alumni Politeknik seluruh Malaysia di http://www.mypolycampus.net/

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...