salam Aidil Adha

salam alayk. alhamdulillah akhirnya penulis diberi kesempatan untuk "menyapu habuk" di blog ini, asif jiddan atas kekangan yang berlaku. alhamdulillah, rasanya belum terlambat untuk kami (saff pimpinan RAPI) untuk mengucapkan salam aidil adha buat umat Islam seluruh dunia.

Aidil Adha atau Hari Raya Qurban yang disambut oleh umat islam pada 10,11,12,13 Zulhijjah mengambil iktibar dari kisah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. alhamdulillah, pada 10 zulhijjah/06 November yang lalu, Politeknik Kuching Sarawak telah mengadakan/menyambut Hari Raya Qurban beserta Akikah bertempat di Masjid Al-Muhandisin yang diadakan buat julung kalinya, syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya segala berjalan dengan lancar meskipun lembunya lambat tiba.

syukran jazilan kepada semua pihak termasuk pensyarah politeknik, Ajk Rapi dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. ameen

disini penulis kepilkan sedikit gambar kenangan semasa Hari Raya Qurban.







0 PAUTAN RASA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...