Perjalanan Penuh Hikmah, Isra Wal Mi'raj..

Salam alayk.. ALhamduliLlah, tibanya kita umat Islam sampai di bulan Rejab yang juga penuh dengan keberkahan. Di dalam bulan ini, terdapatnya peristiwa yang begitu penting iaitu terjadinya Isra wal Mi'raj pada diri RasuluLlah. Ini adalah peristiwa yang Allah berikan kepada nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab tahun ke 12 baginda dibangkitkan menjadi seorang Rasul . Ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib. Tahun itu disebut sebagai ‘Amul Huzni (tahun dukacita ).

ALlah SWT telah menyentuh perihal mengenai peristiwa Isra' wal Mi'raj ini di dalam Al-Quranul Karim dan firman ALlah SWT di dalam Surah Al-Isra':


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya: “Mahasuci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhamamd SAW) pada malam hari daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha mengetahui” (Al-Isra’ 15:1)

Mengupas mengenai perjalanan RasuluLlah dan hikmahnya dalam peristiwa Isra' wal Mi'raj ini amat mudah difahami dan perjalanan Isra wal Mi'raj ini amat menakjubkan. Ia bermula dengan Isra' yang bermaksud perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. Mikraj pula ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa menembusi langit-langit ke Sidratul Muntaha yang tidak pernah di jejaki oleh sebarang makhluk untuk bertemu dengan Allah Taala dan RasuluLlah menunggang BuraQ' iaitu rupanya seakan seperti seekor kuda yang bersayap. Kelajuan BuraQ ini lebih laju daripada cahaya dan kelajuannya ibarat sejauh mata memandang.


Dari syarah Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, beliau menerangkan sedikit demi sedikit perihal peristiwa yang berlaku sehinggakan beliau menerangkan kenapa Baitul Maqdis menjadi tempat persinggahan RasuluLlah SAW sebelum di mikrajkan ke langit, kenapa Baitul Maqdis? kenapa tidak ke Malaysia? tidak ke bumi Syam? Namun, pemilihan Baitul Maqdis oleh ALlah SWT sebagai satu tempat persinggahan RasuluLlah SAW antara hikmahnya kerana waktu itu masyarakat Mekah ada yang pernah sampai ke Baitul Maqdis yang memakan masa perjalanan 40 hari pergi dan 40 hari perjalanan balik.

Hal ini akan menyebabkan apabila RasuluLlah SAW kembali ke Mekah setelah Isra wal Mi'raj maka penduduk Musyrikin Mekah sudah pastinya tidak akan mempercayai peristiwa ini kerana keterbatasan akal pemikiran mereka namun dengan bukti RasuluLlah SAW ke Baitul Maqdis akan menyebabkan penduduk Musyrikin Mekah yang pernah pergi ke Baitul Maqdis untuk bertanyakan soalan mengenai tempat itu dan Masjidil Aqsa yang dimaklumkan disinggah oleh RasuluLlah.

Apabila penduduk Mekah bertanya tentang perihal Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis sebagai menguji kebenaran apa yang didakwa oleh RasuluLlah yang menyatakan bahawa Baginda pergi ke Baitul Maqdis sdalam satu malam sahaja, maka dijawab oleh RasuluLlah SAW dengan tepat sekali segala persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh penduduk Musyrikin Mekah dan ia memberikan keuntungan kepada umat Islam yang mana keimanan mereka semakin kuat namun penduduk Musyrikin Mekah masih lagi dalam keadaan tidak mendapat hidayah lalu menggelar RasuluLlah sebagai tukang sihir.

Banyak hikmah setiap peristiwa di sebalik Isra' wal Mi'raj ini dan amatlah panjang jika dirungkaikan melalui tulisan di dalam blog ini namun cukup memberikan kepada kita bahawa ini merupakan di antara peristiwa yang besar kerana yang difokuskan di dalam Isra' wal Mi'raj ini adalah pemberian hadiah dari ALlah kepada RasuluLlah iaitu "Solat'. Namun perlunya kita sebagai umat Islam mengetahui susur galur sirah Nabawiyyah mengenai peristiwa ini dan hikmahnya agar kita boleh mengambil sebagai panduan kita sebagai umat Islam.


Zulzaim Hilmee Bin Abidin,
Pengerusi,
Rakan Pusat Islam (RAPI)
Sesi Julai 2010.

0 PAUTAN RASA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...