Pameran Dan Taklimat Kerjaya ATM & JPAM 2009

Pada hari Isnin bersamaan 26/10/2009, satu program telah dilaksanakan iaitu Program Pameran Dan Taklimat Kerjaya ATM & JPAM.

Sesi taklimat diadakan di Dewan Serbaguna POLIKU dan pameran pula di Bumbung Hijau.

Program ini telah bermula seawal 7.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang pada hari yang sama.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran berkenaan dengan peluang pekerjaan bersama ATM & JPAM selepas tamat pengajiana di Politeknik Kuching.
Program ini diwajibkan kehadirannya kepada siswa/i semester satu dan siswa/i senior dialu-alukan hadir.

Antara aktiviti yang berlangsung di sekitar bumbung hijau(Green Roof) Poliku ialah pertunjukan kereta kebal,senjata api dan kelengkapan perang bagi ATM dan JPAM.

Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada siswa/i Poliku.

Diharapkan agar aktiviti seumpama ini mampu membawa kesan yang positif kepada para pemuda pemudi dan mengurangkan kadar pengangguran yang semakin meningkat sehingga kini.

Wallahu'alam....




















0 PAUTAN RASA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...