SALAM IMTIHAN


semoga Allah mempermudahkan antum menjawab dengan tenang. Man Jadda Wa Jadda :)

Saff kepimpinan RAPI mengucapkan semoga berjaya kepada warga PoliKu dan seluruh warga Politeknik di Malaysia serta Adik-adik yang menduduki SPM.


salam Aidil Adha

salam alayk. alhamdulillah akhirnya penulis diberi kesempatan untuk "menyapu habuk" di blog ini, asif jiddan atas kekangan yang berlaku. alhamdulillah, rasanya belum terlambat untuk kami (saff pimpinan RAPI) untuk mengucapkan salam aidil adha buat umat Islam seluruh dunia.

Aidil Adha atau Hari Raya Qurban yang disambut oleh umat islam pada 10,11,12,13 Zulhijjah mengambil iktibar dari kisah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. alhamdulillah, pada 10 zulhijjah/06 November yang lalu, Politeknik Kuching Sarawak telah mengadakan/menyambut Hari Raya Qurban beserta Akikah bertempat di Masjid Al-Muhandisin yang diadakan buat julung kalinya, syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya segala berjalan dengan lancar meskipun lembunya lambat tiba.

syukran jazilan kepada semua pihak termasuk pensyarah politeknik, Ajk Rapi dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. ameen

disini penulis kepilkan sedikit gambar kenangan semasa Hari Raya Qurban.









::Exam Mode::

Tengah-tengah musim peperiksaan ni yang merupakan “medan peperangan” bagi mahasiswa khususnya di Politeknik Kuching, elok ada sedikit pencerahan dan anjakan dalam pemikiran kita sebagai seorang Muslim. Melihat kondisi kampus sekarang, memang mahasiswa kian ‘struggle’ dalam waktu-waktu genting sebegini namun kami sediakan satu komik untuk pengunjung. Jom kita hadam!



Jangan kita lupa! Tawakal dan doa kepada Allah SWT untuk mohon keberkatan. Biar macam mane sekalipun kita berusaha, jika tidak disertakan doa dan tawakal maka ia tidak akan ke mana.


“Man Jadda Wa Jada”





Selamat Menghadapi Peperiksaan!


SAFF KEPIMPINAN
RAKAN PUSAT ISLAM (RAPI)
MENGUCAPKAN
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR
KEPADA
SEMUA MAHASISWA POLITEKNIK KUCHING SARAWAK


"AGIK IDUP, AGIK NGELABAN"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...